Wednesday, December 3, 2008

generasi lama....



Kagum melihat pokok-pokok yang tumbuh di kebun raya Bogor, Indonesia. Pokok-pokok yang terdapat disini besar-besar lebih daripada 2 pemeluk....berbanir kembang tidak kira spesies apa pun...kekaguman ni lebih lagi apabila melihat pokok dari keluarga Dipterocarpaceae berbanir kembang dan besar-besar yang umurnya mencecah beratus tahun...Pokok-pokok yang terdapat disini kebanyakannya ditanam sejak dari tahun 1866 ke bawah...

teratai layu di tasik madu



Ini bukan nak cerita pasal lagu yang dinyanyikan oleh Fauziah Latif tapi nak cerita pasal teratai raksasa yang ditemui di Kebun raya Bogor, Indonesia. Teratai raksasa ini berasal dari Amazon Brazil.Teratai ini di bawa masuk oleh Haerikel pada tahun 1801 yang menemukannya di Bolivia.Tumbuhan ini ditanam meluas oleh Poepig dan diberi nama Euryale amazonica. Tahun 1837 Lindley jmpa teratai ini di sungai Berbice dan memberi nama baru iaitu Victoria regia. Nama Victoria regia diberikan sebagai tanda penghormatan terhadap ratu Victoria dari inggeris yang bertahta pada waktu itu.Sowerby memperbaharui nama saintifik teratai ini dan memberikan nama Victoria amazonica yang diguna pakai sampai sekarang.
Ciri yang paling ketara pada teratai ini ialah mempunyai daun yang sangat lebar, bergaris tengah 1-1.5m.Struktur daunnya yang tebal dan kuat mampu menahan beban seberat 12kg. Dikatakan
anak-anak yang berumur 2-3 tahun boleh duduk sebentar diatas daunnya. Namun jika lama di atasnya rosak juga daunnya.Pada batangnya mempunyai duri yang besar dan tajam.Bunganya putih dan menjadi merah jambu setelah 2-3 hari.Tanaman ini berbunga seminggu sekali tetapi daerah subtropik sebahagian di Eropah berbunga setahun sekali dan hanya bertahan 1 malam sahaja.

Tuesday, November 11, 2008

Penyamar














Sungguh unik ciptaan Allah…mesti anda semua pernah tengok keunikan serangga yang saya ingin ceritakan…serangga yang saya jumpa ini sangat unik dan ini buat pertama kali saya lihat…sebelum ini biasa tengok mentadak yang menyerupai kayu..tapi yang ini saya nak tunjukkan gambar ulat bulu yang menyerupai kulit pokok Merawan Siput jantan (Hopea odorata) …nasib baik saya perasan kalau tidak, masing-masing jadi mangsa..dia terpenyek, saya gatal2 kulit kerana bulunya ... Tak terlepas pandang selepas tu tengok satu lagi ulat bulu di dahan pokok Merawan Siput jantan yang lain pula….ulat bulu merupakan order Lepidoptera. Biasanya ulat bulu menjadi makanan kepada serangga, burung dan seangkatan dengannya. Ulat bulu adalah peringkat bagi rama-rama yang perlu makan sebanyak yang mungkin sebelum tiba masa menjadi kepongpong. Ulat bulu bertubuh segmen dan mempunyai 4 pasang kaki depan.Ulat bulu bernafas melalui liang kecil dibadannya dipanggil spirikal.Ulat bulu mempunyai 4000 otot berbanding manusia mempunyai 629 otot. Purata otot dikepalanya sahaja ada 248 otot yang mampu mengerakkannya untuk ia bergerak.Ulat bulu mempunyai sesungut yang pendek untuk membantu kesan makanan. Ulat bulu dikenali sifat kuat makan...(”eating machine”) kerana makan daun dengan lahabnya sehingga dalam masa 20 hari segmen badannya mencecah10 ribu lipatan. Dalam kehidupan seharian kita, kita tak kan lepas pandang pada benda2 yang cantik..seperti kecantikan rama-rama yang berwarna-warni sebab itu kita tak perasan dengan ulat beluncas atau ulat bulu...sekian sehingga berjumpa lagi..


Thursday, November 6, 2008

Rumah Terengganu

Rumah Terengganu ini jenis 'Tiang dua belas'. Umur rumah Terengganu ini tidak diketahui tetapi dipercayai rumah ini sudah melebihi beratus tahun dibina di Pulau Rusa Terengganu. Rumah ini dipindahkan ke FRIM pada tahun 1987. Dikatakan untuk membina rumah seperti ini pada masa dahulu memerlukakan jangka masa yang lama. Mau tidaknya, nak cari kayu balak yang sesuai dari hutan satu kes, nak buatnya lagi...rumah ini mampu dibina lebih kurang lima tahun. Keseluruhan rumah Terengganu ini diperbuat daripada pokok kayu Chengal (Neobalanocarpus heimii), salah satu kayu keras tempatan yang tahan lama tanpa pengawetan. Rumah ini dibina tanpa menggunakan paku sebaliknya menggunakan sistem pasak. Bumbung rumah Terengganu ini diperbuat daripada tanah liat yang dibakar. Atap daripada tanah liat ini dikatakan pada waktu malam rumah akan menjadi sejuk. kepingan tanah liat boleh meresap air dengan itu dapat menyejukkan dalam rumah bila air disejat pada cuaca panas.

Monday, November 3, 2008

orkid








bu..nga...bu..nga...orkid la....huhuhu..ingat tak iklan tv ni..
post kali ni nak berkongsi jenis2 orkid yang ada ditanam disekitar taman pertanian universiti upm...tapi saya kurang pakar pasal nama saintifik mahupun nama tempatannya,,saya cuma tahu panggil orkid jer...tak kirala ia berwarna apa..putih,oren,ungu,merah dan macam2 lagi... Apabila kita pergi nurseri ataupun taman-tanam bunga sekarang ini sudah ada dilabelkan nama bagi setiap pokok serta nama sainifiknya sekali.Keluarga orkid adalah Orchidaceae. ..orkid merupakan tumbuhan liar dan banyak di sekitar pergunungan dan bukit-bukit.

Friday, October 24, 2008

Dipterocarpaceae


Pokok komersial di Malaysia adalah pokok daripada keluarga Dipterocarpaceae. Pokok dipterocarp lebih dikenali dengan pokok berdamar. Taburan pokok dipterocarp kebanyakannya di kawasan bukit dan tanah rendah. Pokok dipterocarp mempunyai bunga yang unik. Bunganya mempunyai sayap antara 3 hingga ke 5 sayap. Namun, tidak seperti pokok yang lain, tempoh pokok ini berbunga diantara 5 hingga ke 10 tahun sekali sahaja. Oleh itu, jika pokok ini berbunga, bermakna hampir seluruh pokok di malaysia akan berbunga! Tahukah anda pokok chengal merupakan salah satu spesis dari keluarga Dipterocarpaceae? Chengal (Neobalanocarpus hemii) merupakan salah satu pokok yang paling berharga sekali. Sebatang pokok chengal boleh membeli sebiji kereta perdana V6! Pokok chengal ini mampu hidup selama 3000 tahun.. Tetapi spesis ini sangat sukar untuk ditemui..jika adapun hanya pada bilangan yang kecil. Ini kerana kadar pembalakan yang berlaku adalah amat cepat sehingga pokok ini tidak mampu untuk membesar.
Kebanyakan pokok dari keluarga Dipterocarpaceae memerlukan masa yang lama untuk membesar. Ini kerana kebanyakan pokok dipterokarp mempunyai ketumpatan kayu yang tinggi dan ini memerlukan masa yang lama. kadar pembalakan haram juga mempercepatkan kepupusan spesis dari keluarga ini. Pokok dari keluarga adalah sangat berharga dan jika tidak dijaga, dikhuatiri generasi akan datang tidak kenal apa itu pokok chengal...