Wednesday, April 1, 2009

Epifit dan Parasit





Kita akan rasa seronok dan senang hati apabila melakukan apa yang kita suka….
Kita orang berdua pergi ke taman bunga raya dan orkid Kuala Lumpur untuk tugasan kuliah pengurusan pokok bandar..(kira sambil menyelam minum air la ni)...
dan tajuk tugasannya mengenai tumbuhan epifit dan tumbuhan parasit serta kesannya keatas kesihatan pokok bandar...semangat berkobar-kobar nak siapkan pembentangan sebab kena tangkap gambar di lapangan tumbuhan2 ni...tambahan pulak kita orang berdua dah lama tak pergi ”berdating”...
Setibanya kita orang kat pintu pagar taman bunga raya dan orkid tu ternampak papan tanda menyatakan bayaran masuk bagi dewasa RM 1 per orang. Masuk-masuk nampaklah kiri dan kanan di bahu jalan ada pokok-pokok ornamental yang dapat dikenal pasti seperti pokok pukul lima (samanea saman),...kelihatan banyak juga tumbuhan epifit.Cakap pasal tumbuhan epifit...mesti kita pernah dengar dan dah belajar mengenainya...untuk peringatan semula, tumbuhan epifit merupakan tumbuhan menumpang yang tidak mengambil kesempatan pada perumahnya....tumbuhan epifit ini akan menempel di mana2 bahagian pokok untuk memperolehi cahaya matahari dan hujan secara langsung. Memperolehi nutrien dari daun-daun yang jatuh dan apa sahaja yang dijatuhkan oleh binatang terbang sebagai contoh utama adalah burung. Contoh-contoh bagi tumbuhan epifit adalah seperti lumut, paku pakis, bromeliads dan paling cantik dan terbanyak di hutan hujan tropika iaitu orkid....memang tak dinafikan lagi memang cantik2 belaka pokok orkid yang terjaga rapi di sini....klik2 tangan menekan butang kamera menangkap gambar....antara pokok epifit yang dikenal pasti yang terdapat disini...ialah pokok tanduk rusa, pokok langsuir/sarang burung, spanish moss, dan sudah tentunya pelbagai jenis warna orkid yang terdapat disini ada berwarna putih,ungu,merah,dan sebagainya...Tumbuhan epifit ini tidak akan membinasakan pokok perumahnya...namun secara tidak sengaja tumbuhan epifit ini kadang kala ada menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini yang boleh mengakibatkan terganggunya kesihatan pokok yang ditumpanginya...masalah ini berlaku apabila tumbuhan epifit yang menumpang melebihi berat dari penampungnya sehingga bahagian yang ditumpangnya mengalami tekanan bebanan dan menyebabkan sekah dahan dan sebagainya...sebagai contoh pokok tanduk rusa yang rimbun dan beratnya melebihi 1/3 daripada dahan menyebabkan berlaku sekahan pada dahan...
Bercerita mengenai tumbuhan parasit pula, tumbuhan parasit merupakan tumbuhan yang menumpang pada pokok yang mengambil segala keperluannya pada pokok yang ditumpanginya...parasit ini mempunyai houstorium yang mana akarnya menembusi lapisan floem dan xilem pada pokok yang ditumpangnya.ibarat kacang lupakan kulit....dah bagi betis nak peha...banyak lagi perumpaan bagi jenis parasit ini...parasit mempunyai ciri-ciri yang membezakannya ada parasit fakultitatif, parasit obligat (parasit sejati), hemiparasit dan holoparasit....bagi parasit fakultatif adalah tumbuhan parasit yang menggantungkan sebagian sumber tenaga pada tumbuhan perumah. Parasit fakultatif masih memiliki organ fotosintesis yang berfungsi secara normal sebagaimana tumbuhan bukan parasit. Contoh ini misalnya dedalu (mistletoe).
Parasit obligat (parasit sejati) adalah tumbuhan yang sepenuhnya menggantungkan sumber tenaga pada tumbuhan perumah. Contohnya tali Putri (Cuscuta) dan padma (Rafflesia).Beberapa tumbuhan bersifat parasit hanya dalam sebagian tahap perkembangannya. Tumbuhan semacam ini diberi istilah Hemiparasit ("setengah parasit"). Contohnya adalah Cendana, penghasil kayu cendana.Tumbuhan parasit bersifat tidak mempunyai klorofil yang hidup bergantung pada perumahnya dipanggil Holoparasit. Contohnya adalah Dodder (batang) dan Hydnora spp. (akar).. pokok dedalu merupakan tumbuhan parasit yang hidup dibahagian dahan pokok yang tidak boleh hidup tanpa perumahnya.tumbuhan ini paling banyak menyebabkan ekonomi dan kesihatan pokok bandar terjejas.
Walaubagaimana pun sebarang penyakit pasti ada ubatnya dan kita boleh mengelaknya daripada berlaku dengan cara-cara yang betul...bagi menguruskan kawalan tumbuhan epifit dan tumbuhan parasit ini, pada asasnya kulit pokok sendiri mempunyai toksin supaya segala tumbuhan yang menempel ini tidak dapat hidup di atasnya....namun masih berlaku juga tumbuhan ini hidup di atasnya kerana faktor-faktor lain seperti kelembapan udara, suhu, cahaya dan sebagainya yang lebih membantu pertumbuhannya...jadi sebagai pengurus kepada pokok-pokok tanaman ini, perlulah mengambil tindakan bagi menjaga kesihatan pokok sentiasa dijaga dan tidak merbahayakan pada pengguna lain...Antara kaedah yang paling popular dan berkesan adalah dengan cara pemangkasan pada bahagian yang didapati mengalami kemudaratan pada pokok tersebut. Dengan kaedah yang betul bagi proses pemangkasan sebarang jangkitan penyakit dapat dielakkan...selan dari cara pemangkasan boleh juga menggunakan cara larutan kimia seperti ethepon yang disemburkan pada tumbuhan epifit dan parasit berulang-ulang kali sehingga mati...namun risiko penggunaan cara ini kerana akar tumbuhan ini akan tumbuh semula.
Namun sebenarnya tumbuhan epifit dan parasit mempunyai kepentingannya pada ekosistem yang lain seperti rama-rama, cicak, katak, kumbang dan sebagainya kerana tumbuhan ini merupakan habitat pada binatang kecil-kecil ini. Selain itu, ia juga membantu kepada kelembapan udara kerana tumbuhan epifit sebagai contoh dapat mengumpulkan 100 liter air pada dasar pangkalnya..
setelah melakukan tugasan ni baru saya sedar akan kewujudan tumbuhan epifit dan parasit di persekitaran kita.saya mula peka akan kehidupan ini mana2 saya pergi saya dengan sendirinya ternampak akan kewujudan tumbuhan...setiap kejadian mesti ada hikmahnya.... sehingga kita berjumpa lagi.....

Wednesday, February 25, 2009

Dyera costulata


Pokok dyera costulata lebih dikenali dengan nama tempatannya Jelutong dari famili Apocynaceae. ciri-ciri luaran pokok jelutong yang amat ketara adalah mempunyai bentuk dahan yang mengelilingi batang, berdaun mengelilingi ranting.Apabila batang ditakik atau daunnya di petik akan mengeluarkan getah berwarna putih susu. buahnya jenis kekacang. Spesies ini dikatakan sukar untuk memperolehi biji benih yang bagus, semua pengumpul biji benih mendapatkan biji benih dari Jabatan Pertanian Serdang.
Kayu Jelutong dikategorikan dalam kelas tidak tahan berketumpatan 415-495 kg/m3. Jelutong merupakan spesies kayu kayan jenis kayu keras ringan. kegunaan dari Jelutong paling popular ialah penghasilan pensil. Dengan menggunakan kayu Jelutong untuk membuat pensil lebih kuat daripada spesies pokok yang lain. Tambahan pula warna kayu Jelutong cerah kekuningan.

Wednesday, December 3, 2008

generasi lama....



Kagum melihat pokok-pokok yang tumbuh di kebun raya Bogor, Indonesia. Pokok-pokok yang terdapat disini besar-besar lebih daripada 2 pemeluk....berbanir kembang tidak kira spesies apa pun...kekaguman ni lebih lagi apabila melihat pokok dari keluarga Dipterocarpaceae berbanir kembang dan besar-besar yang umurnya mencecah beratus tahun...Pokok-pokok yang terdapat disini kebanyakannya ditanam sejak dari tahun 1866 ke bawah...

teratai layu di tasik madu



Ini bukan nak cerita pasal lagu yang dinyanyikan oleh Fauziah Latif tapi nak cerita pasal teratai raksasa yang ditemui di Kebun raya Bogor, Indonesia. Teratai raksasa ini berasal dari Amazon Brazil.Teratai ini di bawa masuk oleh Haerikel pada tahun 1801 yang menemukannya di Bolivia.Tumbuhan ini ditanam meluas oleh Poepig dan diberi nama Euryale amazonica. Tahun 1837 Lindley jmpa teratai ini di sungai Berbice dan memberi nama baru iaitu Victoria regia. Nama Victoria regia diberikan sebagai tanda penghormatan terhadap ratu Victoria dari inggeris yang bertahta pada waktu itu.Sowerby memperbaharui nama saintifik teratai ini dan memberikan nama Victoria amazonica yang diguna pakai sampai sekarang.
Ciri yang paling ketara pada teratai ini ialah mempunyai daun yang sangat lebar, bergaris tengah 1-1.5m.Struktur daunnya yang tebal dan kuat mampu menahan beban seberat 12kg. Dikatakan
anak-anak yang berumur 2-3 tahun boleh duduk sebentar diatas daunnya. Namun jika lama di atasnya rosak juga daunnya.Pada batangnya mempunyai duri yang besar dan tajam.Bunganya putih dan menjadi merah jambu setelah 2-3 hari.Tanaman ini berbunga seminggu sekali tetapi daerah subtropik sebahagian di Eropah berbunga setahun sekali dan hanya bertahan 1 malam sahaja.

Tuesday, November 11, 2008

Penyamar














Sungguh unik ciptaan Allah…mesti anda semua pernah tengok keunikan serangga yang saya ingin ceritakan…serangga yang saya jumpa ini sangat unik dan ini buat pertama kali saya lihat…sebelum ini biasa tengok mentadak yang menyerupai kayu..tapi yang ini saya nak tunjukkan gambar ulat bulu yang menyerupai kulit pokok Merawan Siput jantan (Hopea odorata) …nasib baik saya perasan kalau tidak, masing-masing jadi mangsa..dia terpenyek, saya gatal2 kulit kerana bulunya ... Tak terlepas pandang selepas tu tengok satu lagi ulat bulu di dahan pokok Merawan Siput jantan yang lain pula….ulat bulu merupakan order Lepidoptera. Biasanya ulat bulu menjadi makanan kepada serangga, burung dan seangkatan dengannya. Ulat bulu adalah peringkat bagi rama-rama yang perlu makan sebanyak yang mungkin sebelum tiba masa menjadi kepongpong. Ulat bulu bertubuh segmen dan mempunyai 4 pasang kaki depan.Ulat bulu bernafas melalui liang kecil dibadannya dipanggil spirikal.Ulat bulu mempunyai 4000 otot berbanding manusia mempunyai 629 otot. Purata otot dikepalanya sahaja ada 248 otot yang mampu mengerakkannya untuk ia bergerak.Ulat bulu mempunyai sesungut yang pendek untuk membantu kesan makanan. Ulat bulu dikenali sifat kuat makan...(”eating machine”) kerana makan daun dengan lahabnya sehingga dalam masa 20 hari segmen badannya mencecah10 ribu lipatan. Dalam kehidupan seharian kita, kita tak kan lepas pandang pada benda2 yang cantik..seperti kecantikan rama-rama yang berwarna-warni sebab itu kita tak perasan dengan ulat beluncas atau ulat bulu...sekian sehingga berjumpa lagi..


Thursday, November 6, 2008

Rumah Terengganu

Rumah Terengganu ini jenis 'Tiang dua belas'. Umur rumah Terengganu ini tidak diketahui tetapi dipercayai rumah ini sudah melebihi beratus tahun dibina di Pulau Rusa Terengganu. Rumah ini dipindahkan ke FRIM pada tahun 1987. Dikatakan untuk membina rumah seperti ini pada masa dahulu memerlukakan jangka masa yang lama. Mau tidaknya, nak cari kayu balak yang sesuai dari hutan satu kes, nak buatnya lagi...rumah ini mampu dibina lebih kurang lima tahun. Keseluruhan rumah Terengganu ini diperbuat daripada pokok kayu Chengal (Neobalanocarpus heimii), salah satu kayu keras tempatan yang tahan lama tanpa pengawetan. Rumah ini dibina tanpa menggunakan paku sebaliknya menggunakan sistem pasak. Bumbung rumah Terengganu ini diperbuat daripada tanah liat yang dibakar. Atap daripada tanah liat ini dikatakan pada waktu malam rumah akan menjadi sejuk. kepingan tanah liat boleh meresap air dengan itu dapat menyejukkan dalam rumah bila air disejat pada cuaca panas.